Visi, Misi & Budaya

Termaktub dalam perlembagaan ABIM dalam Bab 1 Perkara 1.3:-
Lambang ABIM berbentuk bulan sabit berwarna hijau dengan perkataan ALLAH dalam tulisan jawi di tengah-tengahnya dan perkataan ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA dalam tulisan Jawi di bawah bulan sabit itu.
ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik.

Visi ABIM: 'Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah'
Misi ABIM: 'Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah'
Budaya ABIM:
  1. Menghayati Budaya Ilmu,
  2. Menghayati Amalan Kerohanian,
  3. Menghayati Amal Shura dan Amal Jama’iyy,
  4. Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa, dan
  5. Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah.

Kaedah Perlaksanaan:
  1. Menimbulkan kesedaran Islamiah melalui penerbitan-penerbitan, ceramah-ceramah, forum-forum, simposium-simposium, seminar-seminar dan lain-lain di kalangan masyarakat;
  2. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan pengkajian Islam (usrah) di dalam gerakan ini;
  3. Menggalakkan penyelidikan dan pengkajian di dalam bidang-bidang dan hal-hal yang berkenaan dengan Islam;
  4. Melatih petugas-petugas dakwah Islamiah;
  5. Menjaga dan memupuk ukhuwwah Islamiah di dalam dan di luar gerakan, sama ada di dalam mahupun di luar negeri;
  6. Menegakkan yang ma’aruf dan mencegah yang mungkar;
  7. Bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan Islam yang benar-benar mendokong cita-cita Islamiah.

Rayuan Sumbangan Dana