Profile

ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik.

Visi ABIM

Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah

Misi ABIM

Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah

Budaya ABIM

  1. Menghayati Budaya Ilmu
  2. Menghayati Amalan Kerohanian
  3. Menghayati Amal Shura dan Amal Jama’iyy
  4. Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa
  5. Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah

Objektif dan Tujuan Penubuhan ABIM

  1. Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan ajaran asasi al-Qur’an al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
  2. Menjalankan da’wah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat
  3. Menggembleng tenaga belia seluruhnya dan mengarahkannya untuk kebaikan masyarakat
  4. Mewakili belia-belia Islam Malaysia di persidangan-persidangan luar negeri
  5. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah

Kaedah Pelaksanaan

  1. Menimbulkan kesedaran Islamiah melalui penerbitan-penerbitan, ceramah-ceramah, forum-forum, simposium-simposium, seminar-seminar dan lain-lain di kalangan masyarakat
  2. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan pengkajian Islam (usrah) di dalam gerakan ini
  3. Menggalakkan penyelidikan dan pengkajian di dalam bidang-bidang dan hal-hal yang berkenaan dengan Islam
  4. Melatih petugas-petugas dakwah Islamiah
  5. Menjaga dan memupuk ukhuwwah Islamiah di dalam dan di luar gerakan, sama ada di dalam mahupun di luar negeri
  6. Menegakkan yang ma’aruf dan mencegah yang mungkar
  7. Bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan Islam yang benar-benar mendokong cita-cita Islamiah

Keanggotaan ABIM

Keanggotaan ABIM terbuka kepada semua lapisan belia Islam di Malaysia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Permohonan keahlian akan diperakui oleh Setiausaha Agung ABIM. Kini ABIM mempunyai lebih kurang 60,000 orang ahli dari pelbagai latar belakang kehidupan. Sesiapa yang berminat sila hubungi ibu pejabat ABIM atau cawangannya.

Kepimpinan ABIM

Jawatankuasa pengurusan yang tertinggi ialah Jawatankuasa Kerja Pusat yang diketuai oleh Presiden. Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat ini dilantik secara syura di Muktamar Belia Islam setiap dua tahun sekali. Jawatankuasa Kerja Pusat ini juga merancang dan melaksanakan projek-projek dan aktiviti-aktiviti ABIM di pelbagai peringkat. Jawatankuasa Kerja Negeri dan Daerah pula ditubuhkan untuk merancang dan menjalankan program-program dakwah di peringkat negeri dan daerah masing-masing.

Rayuan Sumbangan Dana