Jaringan ABIM

LOGO PKPIM
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | National Union Of Malaysian Muslim Students | الإثحاد لطلاب المسلمين المالزيين (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
SEKRETARIAT PKPIM PUSAT 19-2, JALAN 2A/27A, SEKSYEN 1, BANDAR WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR, MALAYSIA :: Tel: +603-4142 2054 :: Faks: +603-4142 2053 :: Emel: pkpim_spp@yahoo.com Facebook : www.facebook.com/pkpimalaysia :: twitter: www.twitter.com/pkpim1

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) -  WADAH telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah pada 9 November 2005 dengan angka pendaftaran 1947-05-7 (Selangor). Kebanyakan ahli-ahli Wadah adalah terdiri daripada mantan-mantan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Walaubagaimanapun, keahlian Wadah adalah terbuka kepada rakyat Malaysia beragama Islam dan berusia 35 tahun ke atas, tanpa mengira bangsa, kaum dan jantina. Wadah akan memperkasa umat dengan cara meningkatkan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas. Keahlian Wadah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berusia 35 tahun ke atas, tanpa mengira bangsa, kaum dan jantina.
Visi Wadah: 'Pemerkasaan Umat Yang Berwibawa Dan Kompeten Berasaskan Petunjuk al-Kitab Dan al-Hikmah'
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia :: Alamat:  No. 23A-2-2A, Jalan Pusat Bandar 2B, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi Selangor  :: Telefon: 603-8925 2344 :: Faks:603-8922 2561 :: E-mel: wadahpusat@gmail.com

GPTD telah diasaskan dengan nama Grup Pengkaji Tamadun Dunia oleh Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman pada 2001 semasa beliau ketika itu adalah Presiden ABIM, sekembalinya beliau dari Misi Eksplorasi Sepanyol. Idea penubuhan GPTD bertujuan menjadi alternatif kepada generasi muda untuk meneroka dunia berdasarkan semangat pengembaraan yang ditonjolkan para sahabat Nabi. Terdapat 5 projek awal yang diusahakan GPTD iaitu Amerika Latin- Sepanyol, Perancis- Afrika, China, Pulau Kokos dan Asia Tengah- Turki. Program-program ini digerakkan dengan kerjasama ABIM dan PKPIM sebagai suatu gabungan keluarga besar gerakan.
Pada 2008, nama GPTD telah ditukar kepada Grup Penjejak Tamadun Dunia bagi menekankan aspek menjejaki sejarah sesebuah tamadun. GPTD seterusnya telah didaftarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan pada 2010 yang mencadangkan penukaran nama baharu sebagai Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (No. Pendaftaran: PPBM 6353/10). GPTD terus memacu sebagai produk pengembelingan generasi muda dan merupakan salah satu jaringan utama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Maklumat lanjut dan perhubungan, layari laman web: http://gptd.blogspot.com/ :: Facebook : https://www.facebook.com/gptdhq 

Rayuan Sumbangan Dana