Agensi ABIM

Global Peace Mission (GPM) is a non-governmental organization officially formed in 2001 in response to humanitarian crisis in Afghanistan. But prior to the official formation, for more than two decades and under various names, GPM has provided emergency assistance to various communities in Southeast Asia, South Asia, Central Asia, Middle East, Africa and Eastern Europe. GPM has extended various assistance to communities in more than 20 countries such as Afghanistan, Albania, Bosnia Herzegovina, Cambodia, Chechnya, Indonesia, Iraq, Laos, Kashmir, Kosovo, Lebanon, Myanmar, Pakistan, Palestine, Philippines, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Timor Leste, and Uzbekistan. GPM is a founding member of Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) based in Istanbul, Turkey. In 2006, GPM was appointed to head the Social, Humanitarian and Solidarity Commission of UNIW. Additionally, as a recognition of its role in humanitarian work, the Secretary General of the Organization of Islamic Conference admits GPM as a member of OIC Humanitarian Forum.
GLOBAL PEACE MISSION :: Tel: +60 3 6188 3230 :: Fax: +60 3 6188 3233 ::  Email: gpmhq@yahoo.com ::  Website: www.gpm.com.my

Logo Al slam
Al-Islam Specialist Hospital ataupun dulu dikenali dengan nama  Pusat Perubatan Kampong Baru  (KBMC) dibangunkan sebagai salah satu program da'wah Bil-hal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Kesihatan ABIM. Perancangan ini bermula dari awal 1992. Menyedari bahawa perlunya ada sebuah hospital perubatan yang mengambil kira aspek rawatan yang menyeluruh termasuk aspek fizikal, psikologi, mental dan rohani. ABIM mengorak langkah membangunkan sebuah hospital yang berusaha memupuk nilai-nilai ISLAM dalam semua aspek perjalanan hospital pakar. Anda mempunyai pelbagai pertanyaan mengenai servis dan kemudahan di Hospital Al-Islam. Pegawai kami sedia membantu segala pertanyaan anda. 
Hospital Pakar Al-Islam :: Alamat:  No.85, Jalan Raja Abdullah. Kampung Baru 50300, Kuala Lumpur, Malaysia. :: Tel: +603-2693 1007 :: Faks : +603-2692 5546 ::  Website: www.al-islamhospital.com.my

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) ditubuhkan pada 31 Mei 1977 dan berdaftar di bawah Akta Koperasi (1993) dengan No. Pendaftaran:16/31.5.77. Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan Islamiyyah; dengan hasrat untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Pada ketika itu (tahun-tahun 70an) berlaku pertembungan kefahaman Islam dengan sekular, malah penerimaan Islam oleh masyarakat pada ketika itu masih ditahap rendah. Namun oleh kerana kuatnya azam dan cita-cita jamaah, iaitu mahu melihat Islam menjadi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna, maka, dengan izin Allah lahirlah KBI. Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadikan institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Shariah. KBI ditadbir berdasarkan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang Kecil KBI. Sepanjang operasinya KBI telah mendapat anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah Dan Koperasi bagi kategori "Koperasi Model" pada tahun 1985 dan "Anugerah Kualiti" pada tahun 1993.
KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD :: Emel: kbihq@kbi.com.my :: Urusan Jual Beli emas & perak: basariah@kbi.com.my :: No. Telefon: 603- 4147 2143 / 603- 4147 2145 :: No. Fax: 603- 4147 4942 :: Waktu berurusan Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Islamic Outreach ABIM Centre (IOA Centre) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhannya bertujuan untuk menyampaikan mesej dakwah tentang pesanan agama Islam dan menghayati Islam sebagai panduan dan cara hidup khususnya kepada golongan Muslim dan bukan Muslim tempatan atau luar negara. Pusat operasinya kini berada di Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Nama asal IOA Centre pada waktu penubuhannya ialah Islamic Outreach ABIM (IOA). Kini, IOA Centre sudah berkembang luas dan sedang ke arah usaha dakwah strategik serantau. Pendekatan IOA Centre lebih menekankan penyampaian dakwah menerusi kelas bimbingan dan perbincangan dua hala. Kelas-kelas diadakan bagi pengajian asas Tauhid, Sirah para Nabi, Tafsir, bacaan Quran adan amali solat. Semua kelas ini adalah percuma dan terbuka untuk semua masyarakat, khususnya yang baru menerima Islam melalui IOA Centre.
Sekretariat Islamic Outreach ABIM Centre :: Alamat: Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras,56100 Kuala Lumpur :: Tel: +6 03 9248 6822 :: Fax: +6 03 9285 8500 :: Laman web: www.ioacentre.com

ISTECH is dedicated to serving its customers as a single source of ICT solutions provider, offering solutions that satisfies both the customers' short and long term networking needs. To ensure success, ISTECH is working closely with major industry players. We are an establised System Integrator with a solid engineering team to deliver high quality services to fulfill most of client's needs. ISTECH delivering complete ICT solution in three key areas; Wired and Wireless Networking, Electronic Security and Surveillance, and Integrated Application System.

 IS Technologies & Telecommunications Sdn Bhd :: No. 20 Jalan Opera G U2/G, Taman TTDI Jaya 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia :: Tel : +603-78422600 Fax : +603-78422700 Help Desk : +603-78422900 :: admin@istech.com.my 

Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dahulu dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI). Ia mula beroperasi pada tahun 1989 dan merupakan kolej swasta Islam yang terawal ditubuhkan di Malaysia. Perubahan nama kepada Kolej Dar al-Hikmah (KDH) berkuatkuasa pada 1 Muharram 1423/15 Jun 2002. KDH bernaung di bawah Syarikat Bina Ilmu Sdn. Bhd milik Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dan Koperasi Belia Islam (KBI). Penubuhan KDH adalah sebagai penerusan program tarbiyah dan dakwah ABIM yang bermula daripada Taman Asuhan kanak-kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam (SERI) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI). Matlamat KDH adalah untuk membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Bagi memenuhi hasrat itu KDH menyediakan kursus-kursus asas Islam sebagai subjek wajib kolej dan menggabungkannya dengan program profesional/akademik untuk melahirkan sumber manusia yang beriman, berilmu, berketrampilan, berakhlak, komited dan berdaya maju.
Kolej Dar al-Hikmah (KDH) :: Tel: 03-89252392 :: Emel: info@hikmah.edu.my

Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) mula beroperasi pada tahun 2001. Pada awal penubuhannya, Yayasan Takmir diamanah dan diberi tanggungjawab oleh ABIM Pusat, untuk merancang, memantau, mengurus, menyelaras dan mempastikan semua institusi Pendidikan ABIM, yang terdiri daripada TASKI, TAHFIZ, SERI dan SEMI berada pada landasan yang betul dan tepat, selaras dengan citi-cita dan hasrat falsafah Pendidikan Islam. YTP merupakan payung kepada semua intitusi pendidikan ABIM dan keluarga besar jamaah WAP. 
Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) :: Alamat: 605B, Kompleks Diamond, Bangi Bussiness Park, Jalan Medan Bangi, Off Persiaran Bandar, 43650 Bdr Baru Bangi, Selangor ::Tel: 03-89202308/03-89265853 :: Faks: 03-89201788 :: Facebook: https://www.facebook.com/YayasanTakmirPendidikan

SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL merupakan salah satu rangkaian sekolah ABIM di Malaysia yang diselia oleh Yayasan Takmir Pendidikan (YTP). Sekolah ini telah beroperasi sebagai sekolah contoh kepada institusi pendidikan ABIM seluruh negara.

Sekolah Rendah dan Menengah Islam ABIM Sungai Ramal :: Alamat: Lot 1662, Kg. Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang ::  Tel: 03-8926 1220 (Pentadbiran) 03-8926 5341 (Kewangan) Fax: 03-8926 1962 (Pentadbiran) / 03-8926 7518 (Kewangan) :: Portal: http://seriabimpusat.blogspot.com/:: Email: serisgramal@gmail.com.

Rayuan Sumbangan Dana